Home Buletin Semasa PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DILANGGAR KERETA HILANG KAWALAN

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DILANGGAR KERETA HILANG KAWALAN

96
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di hadapan Restoran Pok Dik, Jalan Sultan Yahya Petra, pada jam 12.41 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, dalam kejadian itu, mangsa berusia 41 tahun disahkan maut di lokasi kejadian.

Katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu menerima laporan berkaitan kemalangan membabitkan lima kereta dan sebuah motosikal pada 1.10 pagi.

“Sebelum kejadian itu, pemandu kereta memandu dari arah Wakaf Siku menghala ke Kubang Kerian.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta yang dipandu dalam keadaan laju itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan menghala Kubang Kerian sehingga terlanggar seorang penunggang motosikal yang sedang berhenti di bahu kiri jalan.

“Dalam masa yang sama, kereta tersebut terbabas lalu terlanggar 4 buah kenderaan lagi yang berada di bahu kiri jalan dalam keadaan sedang parking menghala Kubang Kerian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian serta dibawa ke Unit Forensik HUSM Kubang Kerian untuk bedah siasat.

”Pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes di siasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis juga menggesa orang ramai supaya berhati-hati dalam pemanduan semasa menggunakan jalanraya dan mematuhi undang-undang serta isyarat lalu lintas yang berkuatkuasa di Malaysia.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here