Home Segmen Kesihatan PENTING KE “SKRUB” BADAN?

PENTING KE “SKRUB” BADAN?

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

“Skrub” badan atau body scrub sering dianggap sebagai satu rutin mewah dalam penjagaan diri.

Ini kerana tidak ramai yang sering melakukan rutin mingguan dengan skrub badan kerana menganggap sabun mandian yang digunakan sudah memadai.

Namun sebenarnya amalan menggunakan skrub badan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan kulit kita.

Anda perlu tahu bahawa skrub badan sangat membantu untuk membuang sel-sel kulit mati yang terkumpul di permukaan kulit, sekali gus menggalakkan pertumbuhan sel kulit baharu yang lebih sihat.

Sekiranya sel kulit mati pada badan tidak dibuang dengan betul, ia boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam, kasar, dan pori-pori tersumbat.

Antara skrub yang boleh digunakan adalah tidak terlalu kasar dan tidak boleh dilakukan lebih daripada dua kali seminggu.

Hasil daripada itu, kulit akan menjadi lebih licin, lembut dan mudah menyerap pelembap.

Namun jika ada dalam kalangan individu yang terlebih menggunakan skrub badan, ia boleh merosakkan lapisan pelindung kulit, menyebabkan iritasi dan kekeringan, terutama bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif atau ekzema.

Bagaimanapun, skrub badan bukan satu keperluan harian, tetapi boleh menjadi pelengkap dalam rutin penjagaan kulit sekiranya dilakukan secara sederhana dan berhemah.

Bagi individu yang kerap berpeluh, sangat digalakkan untuk skrub badan kerana badan mereka kerap terdedah kepada habuk.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik bagi kulit yang lembap dan cantik, selepas melakukan skrub badan anda digalakkan untuk menyapu losyen di seluruh badan.

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here