Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR PUTEH: Seorang lelaki yang dikehendaki pihak berkuasa maut selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis di Jalan Jeram Pasu, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek berusia 31 tahun itu mempunyai 24 rekod lampau termasuk 17 kes jenayah dan tujuh kes berkaitan narkotik maut dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi, pada Jumaat.

“Lelaki warga tempatan itu dikejar pihak polis ketika operasi cegah jenayah di Melor sebelum suspek bertindak memecut kereta jenis Perodua Bezza yang dipandunya.
” Sebaik tiba di lokasi kejadian, lelaki tersebut telah bertindak agresif dengan keluar dari tempat duduk pemandu dan terus melepaskan tembakan ke arah anggota polis,”katanya
Menurutnya hasil pemeriksaan polis menjumpai sepucuk pistol semi auto, sepucuk pistol tiruan, sebilah parang dan sebungkus tembakau yang dipercayai untuk diseludup masuk ke dalam penjara.
“Kejayaan polis memburu suspek itu adalah hasil daripada risikan dan operasi cegah jenayan yang dijalankan.
“Mayat suspek dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteri untuk proses bedah siasat,”katanya.
IMedikel TV






