Home Hiburan PENGURUS ARTIS DAKWA RUGI RM30,000 DIPERDAYA PELAKON

PENGURUS ARTIS DAKWA RUGI RM30,000 DIPERDAYA PELAKON

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki didakwa memperdaya seorang pengurus artis sebanyak RM30,000 selepas menjanjikan pulangan pelaburan berlipat kali ganda.

Menurut pengurus artis dikenali Izz, pelakon lelaki berusia 30-an itu sering memberi alasan apabila meminta duitnya dikembalikan.

“Saya sudah muak dengan pelbagai alasan diberikan pelakon ini. Kali pertama saya ditawarkan pelaburan ini, dia berjaya mendapat pulangan sekali ganda membuatkan saya percaya untuk melabur kali kedua.

“Bagaimanapun kepercayaan itu dimusnahkan apabila dia mengelak setiap kali saya bertanyakan mengenai hasil pelaburan terbabit.

“Lebih menyedihkan dia menawarkan saya untuk melabur satu skim pelaburan supaya saya dapat pulangan dengan segera sehingga saya mempercayainya.

“Bagaimanapun selepas melabur hampir setahun, dia memberi pelbagai alasan dan membuatkan saya hilang sabar,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Izz lagi, dia kini sedang dalam proses mengumpul bukti dan dokumen untuk membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.

“Saya difahamkan bukan saya seorang saja yang sudah terkena. Ramai lagi mangsa sudah terpedaya.

“Saya harap dengan laporan polis yang bakal dibuat akan memberi pengajaran kepada pelakon ini supaya berhenti menipu dan melakukan jenayah ini,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here