Home Buletin Semasa PENGILANGAN PRODUK TEMPATAN HALAL DAN SELAMAT

PENGILANGAN PRODUK TEMPATAN HALAL DAN SELAMAT

152
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

KOTA BHARU: Pengasas dan pengilangan produk tempatan bukan sahaja mementingkan keuntungan dalam jualan semata-mata.

Malah, mereka berusaha memperkenalkan produk halal serta yang menjamin keselamatan pengguna di pasaran.

Menurut Pengurus Bio Tajmeel, Zairos Fadiela Zainal Abidin, kedua-dua pihak memainkan peranan penting untuk memastikan produk tersebut dijamin selamat dan halal.

“Pada hari ini kami diberi peluang untuk berkongsi bisnes pada tahun 2024 untuk kita memaju bisnes terutama sekali dalam perkhidmatan pengilangan kontrak. Pengasas-pengasas bukan sahaja menekankan kepada keuntungan semata-mata tapi lebih kepada amanah iaitu mengilangkan produk yang halal dan juga selamat,” katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas perbincangan bersama I Medikel Pharma Holding Berhad (IMPHB) di pejabat IMPHB di sini, baru-baru ini.

Katanya, Bio Tajmeel adalah selaku anak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

“Bentuk ruang dan peluang yang kita boleh jalankan untuk membangunkan bersama di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan juga syarikat I Medikel sebagai penyeri bisnes yang dah berpengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang pengilangan, pengkomersialan produk pharmaceutical dan juga rangkaian-rangkaian produk,” katanya.

Zairos berharap, ruang dan peluang untuk mengeluarkan produk di pasaran dapat memberi manfaat serta memberi kesan yang baik kepada pengguna.

Turut hadir, Penolong Pengurus Jabatan Pemasaran PMBK, Yusri Yaakub.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here