Home Buletin Semasa 297 MANGSA BANJIR DITEMPATKAN DI DUA PPS PASIR MAS

297 MANGSA BANJIR DITEMPATKAN DI DUA PPS PASIR MAS

107
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

PASIR MAS: Menurut infografik bencana daerah Pasir mas, jumlah mangsa banjir adalah seramai 297 orang setakat jam 8 pagi ini.

Kesemua mangsa daripada 98 keluarga di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh dan SK Kedai Tanjong.

Di Rantau Panjang, mangsa banjir ditempatkan di SK Tok Deh seramai 232 termasuk 79 keluarga.

Sementara itu, di Alor Pasir pula mereka ditempatkan di SK Kedai Tanjong seramai 65 orang termasuk 19 keluarga.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) akan terus membuat pemantauan berkala di kawasan yang berisiko banjir terutamanya di Rantau Panjang iaitu Kampung Lanchang, Kampung Tersang, Kampung Padang Licin dan Kampung Tok Deh.

Manakala, di Pasir Mas, PKOD akan memantau kawasan Kampung Sapi, dan Kampung Jeram Perdah.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here