Home Buletin Semasa PENGERUSI PH KELANTAN DILANTIK PENGERUSI KADA YANG BAHARU

PENGERUSI PH KELANTAN DILANTIK PENGERUSI KADA YANG BAHARU

164
0

Kota Bharu, KELANTAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Muhammad Husin, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang baharu.

Pelantikan Muhammad Husin berkuat kuasa 15 Mei lalu, menggantikan penyandangnya, Datuk Kamaruddin Md Noor.

KADA menerusi Facebook, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad di atas pelantikannya sebagai Pengerusi KADA yang baharu.

“Tahniah dan selamat menjalankan tugas diucapkan,” katanya.

Muhamamd ketika dihubungi memaklumkan menerima surat lantikan hari ini dan beliau akan memulakan tugas secara rasmi pada Ahad ini.

“Biarlah saya tidak mahu komen lagi memandangkan hari ini baru terima surat, saya akan mula masuk ke pejabat pada Ahad ini,” katanya.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here