Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, SPR mengeluarkan sebanyak 103,197 kertas undi pos bagi PRU DUN ke 15 dan Pilihan Raya Kecil di Kuala Terengganu.
Menurut kenyataan media, bagi PRU DUN ke-15, sebanyak 102,070 kertas undi pos dikeluarkan daripada 87,666 bagi kategori 1A iaitu petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, anggota tentera dan petugas media.
Manakala bagi kategori 1B iaitu warganegara Malaysia yang berada di luar negara sebanyak 7,972 undi pos, 4,704 kategori 1C iaitu agensi dan organisasi serta 1,727 pengundi tidak hadir luar negara.
Manakala bagi PRK Parlimen P.036 Kuala Terengganu, sebanyak 1,127 kertas undi pos dikeluarkan yang terdiri daripada 961 kategori 1A, 77 undi bagi kategori 1B 71 kategori 1C dan 18 pengundi tidak hadir luar negara.
Proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran enej undi pos daripada semua calon yang bertanding.
Semua kertas undi pos mestilah segera dikembalikan kepada pegawai pengurus berkenaan sebelum jam 5 petang pada hari mengundi, 12 ogos ini. – SPR-
Imedikel TV






