Home Luar Negara PENEMUAN BOM LAMA, 13,000 PENDUDUK DIARAH BERPINDAH

PENEMUAN BOM LAMA, 13,000 PENDUDUK DIARAH BERPINDAH

BERLIN: Kira-kira 13,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka di bandar Duesseldorf di barat Jerman, buat sementara waktu selepas bom era perang dunia kedua, ditemukan.

Katanya, bom itu ditemukan berhampiran sebuah zoo di bandar itu.

Tanah di bandar-bandar Jerman masih dipenuhi dengan senjata yang tidak meletup yang kerap ditemukan di tapak pembinaan, kira-kira 78 tahun selepas perang dunia kedua.

Pada 2017, penemuan bom seberat 1.4 tan di Frankfurt menyaksikan kira-kira 65,000 orang dipindahkan.

Pada disember 2021, bom perang dunia kedua meletup di tapak pembinaan berhampiran stesen Munich hingga mencederakan empat orang dan mengganggu lalu lintas kereta api. – AFP, HMetro Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here