Home Buletin Semasa PENGANGGUR MENGAKU TIDAK BERSALAH MELAKUKAN AMANG SEKSUAL FIZIKAL TERHADAP KANAK-KANAK BERUMUR 10...

PENGANGGUR MENGAKU TIDAK BERSALAH MELAKUKAN AMANG SEKSUAL FIZIKAL TERHADAP KANAK-KANAK BERUMUR 10 TAHUN LIMA BULAN

306
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun lima bulan pada 12 Jun lalu.

Tertuduh, Che Asmizan Che Jaafar, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon bicara selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun lima bulan di dalam kontena kosong berdekatan Stesen Bas Lembah Sireh, Kota Bharu pada jam 8 pagi, 12 Jun lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim kemudian meminta tertuduh melantik peguam, sekiranya tidak mampu, tertuduh boleh mendapatkan bantuan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kelantan (YBGK).

Terdahulu Kamarul Hasyime tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh kerana kes adalah serius.

Tertuduh ditahan reman dan Hakim menetapkan 21 Julai depan sebagai tarikh lantikan peguam dan sebutan semula kes.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here