Home Buletin Semasa PENGANGGUR MENGAKU TIDAK BERSALAH AMANG SEKSUAL REMAJA 16 TAHUN DI PPS

PENGANGGUR MENGAKU TIDAK BERSALAH AMANG SEKSUAL REMAJA 16 TAHUN DI PPS

217
0

KOTA BHARU: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun di pusat pemindahan sementara (PPS) di sebuah sekolah di Jelawat, Bachok, 26 November lepas.

Tertuduh, Nik Mohammad Ilfam Mohammad Noor, 22, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizan Tuah Lah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun di PPS di Jelawat, Bachok pada jam 11 pagi, 26 November lepas.

Pertuduhan dikemukan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dihukum dengan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Siti Hajar tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana dakwaan terhadapnya serius.

Selain itu, tertuduh juga mempunyai rekod kes rogol yang kini dalam perbicaraan.

Mahkamah menetapkan 8 Disember ini untuk sebutan semula kes.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here