Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Buah-buahan terdapat banyak khasiat kepada mereka yang gemarkannya. Ada sesetengah individu mengambil buah-buahan yang mempunyai vitamin C untuk antibodi atau kecantikan kulit.
Bagaimanapun, pesakit dialisis juga perlu mengambil buah-buahan yang sesuai untuk mengekalkan kesihatan mereka kerana pesakit dialisis berisiko mengalami paras kalium yang tinggi dalam darah (hiperkalemia).
Keadaan ini berlaku kerana buah pinggang yang rosak tidak dapat berfungsi dengan baik untuk membuang lebihan kalium dari badan. Namun, risiko ini bergantung pada jenis dialisis dan pemakanan pesakit.
Jadi ada buah-buahan yang perlu diambil dan patut dielakkan untuk pesakit dialisis.
Buah-Buahan yang Disarankan
Buah-buahan rendah kalium yang selamat untuk pesakit dialisis termasuk:
1. Epal
2. Pir
3. Anggur
4. Nanas
5. Tembikai
6. Buah beri seperti strawberi dan raspberi
Buah-Buahan yang Perlu Dielakkan atau Dihadkan
1. Pisang
2. Mangga
3. Avokado
4. Betik
5. Buah kering seperti kismis dan kurma
Petua Pengambilan Buah
Kawal saiz hidangan: Walaupun buah rendah kalium, pengambilan secara berlebihan boleh meningkatkan paras kalium.
Rendam buah tertentu: Beberapa buah boleh direndam dalam air untuk mengurangkan kandungan kalium.
Berunding dengan pakar diet: Setiap pesakit mempunyai keperluan pemakanan yang berbeza. Pakar diet boleh membantu merancang menu yang sesuai.
Pemakanan yang seimbang adalah asas untuk kesihatan pesakit dialisis. Pesakit digalakkan untuk berunding dengan doktor atau pakar diet bagi memastikan pemakanan mereka selaras dengan rawatan dialisis.
IMedikel TV






