GAZA: Jeda kemanusiaan selama empat hari digunakan rakyat Palestin untuk menggali mayat saudara-mara dalam serangan Israel di semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Rakaman yang disebarkan secara meluas di media sosial menunjukkan kesukaran dan cabaran yang dihadapi penduduk semenanjung Gaza, semasa menggali mayat saudara mereka, dengan menggunakan tangan.
Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, klip itu menunjukkan bangunan runtuh, yang membuatkan individu terperangkap, dan jentera berat diperlukan untuk kerja menyelamat.
Insiden itu menggambarkan kesukaran yang dihadapi pasukan pertahanan awam, yang mana mereka sangat memerlukan peralatan berat untuk melakukan pencarian rakyat Palestin yang terkorban dalam serangan Israel.
Pejabat media kerajaan di semenanjung Gaza pada jumaat berkata, jumlah orang yang hilang di wilayah itu mencecah kira-kira 7,000.
Rakyat Palestin cuba mengambil kesempatan daripada jeda kemanusiaan antara Israel dan Hamas untuk mencari saudara mereka, yang terbunuh dalam serbuan Israel di pelbagai bahagian di semenanjung Gaza.
Mereka juga mengambil kesempatan itu untuk pulang ke rumah. -AGENSI, HMETRO ONLINE-
IMEDIKEL TV






