Home Buletin Semasa MANGSA BANJIR DI PPS SK JELAWAT SEMAKIN MENINGKAT

MANGSA BANJIR DI PPS SK JELAWAT SEMAKIN MENINGKAT

189
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

BACHOK: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan merekodkan statistik bencana di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat semakin meningkat setakat jam 9.30 pagi ini.

Seramai 326 mangsa daripada 83 keluarga berada di PPS SK Jelawat berbanding semalam iaitu 319 daripada 80 keluarga.

Semua mangsa dan jumlah keluarga yang terbabit adalah dari Taman City Jaya, Taman Bator Harmoni, Kampung Rekang, Kampung Alor Ganu, Kampung Mujur, Kampung Teratak Pulai, Kampung Alor Pulai, Kampung Permatang Machang dan Kampung Kubang Keladi.

Manakala di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor turut merekodkan seramai 60 mangsa daripada 14 keluarga.

Mangsa terbabit bergegas ke PPS sebaik sahaja melihat keadaan air yang naik secara mendadak di kaki lima rumah masing-masing.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here