Home Buletin Semasa PEMILIK TUNGGAL SYARIKAT PENGIKLANAN DIDAKWA GAGAL BAYAR CUKAI

PEMILIK TUNGGAL SYARIKAT PENGIKLANAN DIDAKWA GAGAL BAYAR CUKAI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang pemilik tunggal syarikat pengiklanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 pertuduhan kerana gagal membuat bayaran cukai perkhidmatan sebagaimana ditetapkan di bawah Seksyen 26(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807).

Orang Kena Saman (OKS), Mohd Ridzuan Jusoh, 36, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad dan mohon bicara.

OKS didapati gagal membuat bayaran cukai perkhidmatan dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi tempoh bercukai 1 Januari hingga 28 Februari 2022 bagi pertuduhan pertama, 1 Julai hingga 31 Ogos 2021 bagi pertuduhan kedua, 1 Januari hingga 28 Februari 2022 bagi pertuduhan ketiga.

Manakala 1 Mac hingga 30 April 2022 bagi pertuduhan keempat, 1 Mei hingga 30 Jun 2022 bagi pertuduhan kelima, 1 Julai hingga 31 Ogos 2022 bagi pertuduhan keenam, 1 September hingga 31 Oktober 2022 bagi pertuduhan ketujuh, 01 November hingga 31 Disember 2022 bagi pertuduhan kelapan, 1 Mei hingga 30 Jun 2023 bagi pertuduhan kesembilan.

OKS juga didapati gagal membuat bayaran cukai perkhidmatan dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi tempoh bercukai 1 November hingga 31 Disember 2023 bagi pertuduhan ke-10, 1 Januari hingga 29 Februari 2024 bagi pertuduhan ke-11 dan 1 Mac hingga 30 April 2024 bagi pertuduhan ke-12 di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Kelantan.

Jumlah keseluruhan cukai perkhidmatan yang perlu dibayar adalah RM46,621.20 untuk 12 pertuduhan tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, OKS melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807).

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Mohd Haswadi Mohamad Nor, manakala OKS diwakili peguam, Azura Ghazali.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 namun peguam memohon ia dikurangkan kepada RM5,000.

“Dalam kes ini OKS telah dituduh dengan 12 pertuduhan, Dia bekerja sendiri di sebuah syarikat pengiklanan, pendapatan juga tidak menentu memandangkan kesan ekonomi sekarang. OKS mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan isteri yang tidak bekerja. Jadi saya mohon jaminan sebanyak RM5,000,”katanya yang mewakili OKS.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Disember depan untuk tarikh serahan dokumen dan sebutan semula kes.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here