Home Buletin Semasa PEMILIK RESTORAN DIDENDA RM20,000, PAMER LOGO HALAL TANPA PERAKUAN SAH

PEMILIK RESTORAN DIDENDA RM20,000, PAMER LOGO HALAL TANPA PERAKUAN SAH

327
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang pemilik restoran didenda RM20,000 setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan mempamerkan logo halal tanpa perakuan atau kebenaran yang sah.

Lim Beng Kee, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan melakukan kesalahan memerihalkan makanan sebagai halal tanpa memiliki apa-apa kebenaran atau perakuan yang sah daripada pihak berkuasa pada 12.46 tengah hari, 18 November tahun lepas di premis perniagaannya di Jalan Temenggong, di sini.

Dia didakwa melanggar kesalahan di bawah Perintah 4(1)(a) dan (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 yang merupakan suatu kesalahan di bawah Perintah 8 (b) Perintah yang sama, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Muhammadi Iman Masjuri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here