Home Buletin Semasa LORI HILANG KAWALAN, 9 ANGGOTA FRU MAUT

LORI HILANG KAWALAN, 9 ANGGOTA FRU MAUT

286
0

PERAK: Sekurang-kurangnya sembilan anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) terkorban dalam nahas membabitkan sebuah lori membawa muatan batu dan sebuah trak FRU.

Memetik laporan Berita Harian kemalangan berlaku pada 8.54 pagi tadi di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon, berkata beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan dihantar ke Hospital Teluk Intan.

Ketika kejadian, katanya, seramai 18 anggota FRU berada dalam trak terbabit.

Sementara itu Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata trak FRU dari Unit 5 yang membawa 18 anggota itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai penugasan perayaan Chitrapournami di Hilir Perak.

“Ketika tiba di tempat kejadian, trak FRU Unit 5 itu dirempuh dari hadapan oleh lori membawa muatan batu yang dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here