KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang sedang sarat hamil terselamat selepas kereta dipandunya kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Batu 21 1/2, Jalan Sungai Lalang, Kampung Sungai Lalang, Semenyih dekat sini, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd Zain, berkata ketika kejadian, mangsa yang berusia 35 tahun sedang memandu bersendirian.
Terdahulu, katanya pihak bomba menerima laporan kejadian pada jam 7.02 pagi sebelum sepasukan anggota serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dikejarkanke lokasi.

‘Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda City dipandu seorang wanita sarat mengandung berusia 35 tahun bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga BLM dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an
“Pemandu Honda City terselamat tanpa sebarang kecederaan dalam kemalangan itu, bagaimanapun pemandu Proton Saga tersepit dalam kenderaan yang remuk,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, pasukan bomba yang berada di lokasi kemudian mengeluarkan mangsa yang tersepit untuk diserahkan kepada pasukan perubatan.
Sumber BH Online
Imedikel TV






