Rennes, PERANCIS: Akibat sebidang tanah, seorang kanak-kanak perempuan warga Britain berusia 11 tahun mati ditembak, manakala bapanya parah apabila jiran warga Belanda melepaskan tembakan di kawasan kediaman di barat laut Perancis, menurut pihak berkuasa.
Menurut siasatan awal, keluarga itu berada di laman rumah mereka di Saint-Herbot dekat Quimper di Brittany pada malam Sabtu apabila suspek muncul dengan senjata api.
Kanak-kanak berusia 11 tahun itu ditemui mati di tempat kejadian, manakala bapanya mengalami kecederaan serius yang mengancam nyawa, menurut majistret.
Nyawa ibu mangsa dianggap tidak dalam bahaya dan anak kedua tidak cedera tetapi dalam keadaan terkejut, kata pendakwa raya Halley.
Penembak itu dikenal pasti sebagai seorang pesara berusia 71 tahun.
Kira-kira jam 10 malam (2000 GMT), pegawai penguat kuasa undang-undang campur tangan “selepas tembakan”, kata pendakwa raya Quimper Carine Halley dalam satu kenyataan pada Ahad.
Ketika polis masih berusaha menentukan motif tembakan, difahamkan berlaku pertikaian antara kedua-dua jiran itu selama beberapa tahun mengenai sebidang tanah bersebelahan dengan kedua-dua hartanah itu”, tambah Halley.
Sumber polis memberitahu AFP bahawa jiran itu melepaskan tembakan senapangnya melalui pagar sebelum pulang ke rumahnya bersama isteri.
Suspek dan isterinya menyerah diri kepada pihak berkuasa dan telah ditahan.
Pejabat pendakwa raya membuka kertas siasatan bagi tuduhan membunuh dan cubaan membunuh.
Sumber BH Online & AFP
Imedikel TV






