Home Buletin Semasa PEMANDU WANITA DISERANG SAWAN LANGGAR 7 KENDERAAN, SEORANG PEJALAN KAKI

PEMANDU WANITA DISERANG SAWAN LANGGAR 7 KENDERAAN, SEORANG PEJALAN KAKI

149
0

Pontian, JOHOR: Pemandu wanita yang diserang sawan melanggar 7 kenderaan dan seorang pejalan kaki di Jalan Permata 4, Pekan Nanas, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, berkata dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi, tujuh kenderaan iaitu lima motosikal dan dua kereta yang diletakkan di tepi jalan di lokasi berkenaan mengalami kerosakan.

Katanya, pejalan kaki wanita yang dilanggar cedera di leher manakala wanita yang melanggar tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan awal, pemandu wanita berusia 25 tahun memandu Toyota Vios diserang sawan ketika sedang memandu dari arah Pekan Nanas ke Johor Bahru dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, ” katanya.

Mohammad Shofee berkata, pejalan kaki wanita mengalami kecederaan dileher dan dibawa ke Hospital Pontian untuk rawatan.

“Keadaan jalan lurus dan lokasi kejadian berdekatan rumah kedai. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here