Home Luar Negara WARTAWAN AFP ARMAN TERBUNUH DI TIMUR UKRAINE

WARTAWAN AFP ARMAN TERBUNUH DI TIMUR UKRAINE

125
0

CHASIV YAR: Pasukan AFP diserang oleh roket grad sewaktu mereka bersama sekumpulan askar Ukraine.

Soldin, 32, terbunuh apabila roket mendarat berhampiran tempat dia berbaring, namun anggota pasukan lain tidak mengalami kecederaan.

Menurut pengerusi AFP, Fabrice Fries, seluruh agensi berduka cita dengan kehilangan Arman.

Fries berkata, kematiannya adalah peringatan yang mengerikan mengenai risiko dan bahaya dihadapi oleh wartawan yang setiap hari membuat liputan mengenai konflik di Ukraine.

Dilahirkan di Sarajevo, Soldin ialah warga Perancis dan pada 2015, dia bekerja untuk AFP sebagai pelatih di biro Rom pada 2015 seterusnya berkhidmat di London.

Mangsa adalah sebahagian daripada pasukan AFP pertama yang dihantar ke Ukraine selepas pencerobohan Russia pada 24 februari 2022 dan tiba pada hari berikutnya.

Soldin menetap di Ukraine sejak september, mengetuai liputan video pasukan dan mengembara secara kerap ke barisan hadapan di timur dan selatan.

Menurut kumpulan penyokong media Reporters Without Borders (RSF) dan Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ), kematian soldin menjadikan sekurang-kurangnya 11 wartawan atau kakitangan untuk pasukan media terbunuh ketika membuat liputan perang di Ukraine.

Sumber BH Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here