
LONDON: Erik ten Hag menegaskan, pemain-pemain Manchester United masih teguh menyokongnya sebagai pengendali selepas mereka meraih kemenangan 1-0 di Fulham.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Jaringan kemenangan lewat permainan Bruno Fernandes di Craven Cottage mengembalikan semangat United selepas permulaan musim Liga Perdana Inggeris yang memalukan.
“Hari ini kami bertambah baik. Setiap perlawanan anda perlu tampil dengan sikap dan tahap begini. Perlu menunjukkan kesungguhan, keinginan untuk menang dan keazaman.
“Kami sentiasa menilai dari perlawanan ke perlawanan. Minggu ini kami tidak gembira dengan standard persembahan kami.
“Kemenangan ini akan menjadi asas. Ia satu kemenangan yang bagus, dengan persembahan mantap. Tetapi kami sedar yang kami perlu menang setiap perlawanan,” kata Ten Hag.
Kedudukan Fernandes sebagai kapten pasukan juga pernah dipersoalkan, tetapi Ten Hag berkata: “Sejak saya melantiknya sebagai kapten, dia sering melakukan perkara begini.
“Dia memberikan contoh terbaik. Dia bertanggungjawab sepanjang masa. Dia sentiasa mahukan bola dan mencipta peluang.”
Ten Hag turut menjelaskan yang Harry Maguire berada dalam keadaan baik selepas pemain pertahanan itu terkena hentakan di kepala.
“Dia bermain dalam perlawanan yang penting, persembahan yang baik. Dia menunjukkan kepimpinan ketika menyerang dan bertahan. Saya berpuas hati,” katanya. – AGENSI
-BH ONLINE-
Imedikel TV





