MANCHESTER: Pep Guardiola berharap Erling Haaland akan segera pulih selepas pemain Norway itu terpaksa dikeluarkan ketika rehat dalam kemenangan 6-1 ke atas Bournemouth.
Buku lali Haaland terseliuh di akhir babak pertama aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad dan Guardiola tidak mahu mengambil risiko ketika City sudah mendahului 3-0.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Juara Eropah itu akan melayan kunjungan Young Boys dari Switzerland dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pada Selasa.
Dengan City berada di landasan terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati selepas tiga kemenangan dalam tiga perlawanan pertama peringkat kumpulan, Guardiola mampu memberikan tempoh rehat lebih panjang buat Haaland sebelum bertandang ke Chelsea pada Ahad depan
Pengendali manchenster City, Pep Guardiola ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Bournemouth di Stadium Etihad, Manchester. – Foto AFP
“Terseliuh buku lali. Kami tidak mahu mengambil risiko kerana dia (Haaland) berasa tidak selesa.
“Dia akan kembali beraksi, mungkin pada Selasa, mungkin juga Ahad depan. Saya harap ia bukan isu yang besar,” kata Guardiola.
Haaland gagal menemui sasaran di babak pertama, tetapi City tetap tajam untuk kembali menghuni tangga teratas liga.
Jeremy Doku membuka jaringan untuk City dan membantu empat lagi jaringan rakan sepasukan.
Pemain manchester City, Jeremy Doku menjaringkan satu gol dan membantu empat lagi ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Bournemouth di Stadium Etihad, Manchester. – Foto AFP
Bernardo Silva meledak dua kali, manakala Manuel Akanji, Phil Foden dan Nathan Ake turut menemui sasaran. – AFP-BH ONLINE-