Home Buletin Semasa PELAJAR TINGKATAN EMPAT DITEMUI MAUT DALAM SEKOLAH

PELAJAR TINGKATAN EMPAT DITEMUI MAUT DALAM SEKOLAH

BATU PAHAT: Kebimbangan seorang nenek selepas cucunya yang juga pelajar tingkatan empat tidak pulang ke rumah kira-kira jam 5.30 petang, membawa kepada penemuan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, di sini, petang semalam.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa berusia 16 tahun ditemukan neneknya yang bergegas ke sekolah berkenaan selepas menyedari cucunya masih belum pulang.

Sumber berkata, mangsa yang tinggal bersama neneknya selepas kematian ibunya ditemukan dalam keadaan terbaring dan lemah.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan darah kering pada badan mangsa selain lebam dipercayai akibat dipukul.

“Turut ditemukan pasu pecah berhampiran mangsa,” katanya.

Difahamkan, bapa mangsa bekerja di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Polis sedang menyiasat kejadian ini sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai termasuk pelajar sekolah terbabit berkumpul di luar pagar sekolah bagi mengikuti perkembangan kejadian.

Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) turut dilaporkan berada di lokasi untuk membantu siasatan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here