Home Sukan PEARLY-THINAAH TAK PERLU BERPELUH JUARAI MASTERS INDONESIA, KAUT RM158,200

PEARLY-THINAAH TAK PERLU BERPELUH JUARAI MASTERS INDONESIA, KAUT RM158,200

201
0

KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah mengesahkan kejuaraan Masters Indonesia tanpa perlu mengeluarkan peluh selepas gandingan Jepun, Arisa Igarashi-Miyu Takahashi menarik diri sebelum aksi final berlangsung hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, kejuaraan ini membolehkan Pearly-Thinaah meraih gelaran pertama mereka pada musim ini selepas tersingkir di pusingan kedua Terbuka Malaysia dan mara ke separuh akhir Terbuka India, minggu lalu.

Kejayaan itu menyaksikan beregu nombor dua dunia itu menjadi wakil kedua dari Malaysia muncul juara di kejohanan ini selepas Vivian Hoo-Woon Khe Wei muncul juara pada 2011, sekali gus menamatkan penantian selama 15 tahun.

Untuk rekod, tahun lalu Pearly-Thinaah turut cemerlang di Masters Indonesia sebelum tewas kepada wakil Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong 12-21, 21-17, 18-21 dalam masa 74 minit.

Selaku juara, Pearly-Thinaah membawa pulang ganjaran AS$39,500 (RM158,200). – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here