SEOUL: Korea Utara akan mengadakan mesyuarat penting Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja yang memerintah pada akhir bulan ini, lapor agensi berita KCNA semalam, mengumumkan satu persidangan di mana negara itu akan mengemukakan arahan dasar utama untuk tahun yang baru.
KCNA tidak memberikan tarikh untuk mesyuarat pleno Jawatankuasa Pusat itu, yang telah dipanggil dua kali setahun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan hanya didedahkan kepada umum beberapa hari sesi bermula.
Menurut laporan ringkas itu, mesyuarat berkenaan akan membincangkan isu-isu yang timbul dalam mencapai pembangunan komprehensif pembinaan sosialis tetapi tidak memberikan butiran lanjut.
Selepas lima hari sesi pada Disember lalu, pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengisytiharkan Korea Selatan sebagai musuh dan berkata penyatuan secara aman tidak mungkin berlaku lagi.
Korea Utara mengambil langkah-langkah sepanjang tahun ini untuk menghapuskan puluhan tahun perjanjian dan projek bersama antara kedua-dua negara. – REUTERS, BH Online –
IMedikel TV






