Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Paras air sungai golok di Rantau Panjang kini melepasi tahap bahaya susulan berlaku hujan lebat beberapa hari ini.
Menurut portal publicinfobanjir.water.gov.my, sungai golok di Rantau Panjang mencatatkan aras air sebanyak 10.3meter (m) dengan melepasi tahap bahaya 9m setakat jam 11.15 pagi ini.
Pada masa sama, aras air sungai golok di Tanah Merah pula ialah 22.62m dan telah melepasi tahap amaran 22.5m dengan trend air semakin menaik.
Sementara itu, menurut portal infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat satu daerah iaitu Tanah Merah dilanda banjir dan merekodkan jumlah mangsa banjir seramai lapan orang termasuk dua keluarga setakat jam 10.33 pagi ini.
Kesemua mereka ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Padang Kijang, Tanah Merah.
IMedikel TV






