Home Sukan PAN GON AKUR TFC SUKARKAN GERGASI MERAH

PAN GON AKUR TFC SUKARKAN GERGASI MERAH

KUALA TERENGGANU: Pengendali Selangor FC, Kim Pan Gon mengakui beliau tidak senang duduk dengan corak bertenaga yang diperagakan Terengganu FC (TFC) sebelum akhirnya berpuas hati seri 1-1 pada aksi Liga Super di sini malam tadi.

Jelas bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu, aksi agresif pasukan lawan hampir menyebabkan pasukannya berputih mata sebelum kapten, Faisal Halim muncul penyelamat selepas Careca meletakkan tuan rumah di depan.

“Terengganu bermula dengan lebih baik, mereka amat bagus dalam perebutan bola dan mendominasi permainan terutama pada babak pertama.

“Manakala pemain kami bermula agak perlahan selain dilihat bergelut dan tidak berada pada prestasi terbaik sekali gus menyukarkan untuk mengawal rentak permainan.

“Bagaimanapun perubahan taktikal pada babak kedua dengan aksi lebih tersusun menyaksikan pemain berjaya bangkit menyamakan kedudukan, saya bangga usaha berterusan mereka,” ujar Pan Gon kepada wartawan.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu berkata, berdasarkan corak permainan anak buahnya itu memaksanya perlu melakukan lebih banyak kerja rumah dalam memastikan pasukannya benar-benar mantap.

“Beberapa aspek termasuk konsistensi permainan, penguasaan bola serta ketajaman di jentera serangan perlu diperkemaskan lagi dalam mengharungi jadual perlawanan yang padat sepanjang bulan ini.

“Saya percaya pemain mampu mempamerkan peningkatan sebagaimana aksi babak kedua yang lebih agresif dan tersusun,” jelasnya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here