Home Buletin Semasa PADAH PANDU INNOVA TANPA LESEN, WARGA CHINA DITAHAN

PADAH PANDU INNOVA TANPA LESEN, WARGA CHINA DITAHAN

10
0

Oleh: Nik Nur Zakia ABdullah@IMedikel TV

KUALA KETIL: Seorang lelaki warga China ditahan selepas dikesan memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Innova tanpa memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah di negara ini.

Menurut kenyataan menerusi laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tindakan itu diambil menerusi Ops Pemandu Warga Asing (PeWA) yang dijalankan di Jalan Kuala Bakong–Merbau Pulas, Khamis lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut disediakan oleh pihak majikan bagi kegunaan pekerja untuk sektor pembinaan.

“Susulan kesalahan itu, pemandu warga asing serta pemilik kenderaan berkenaan dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemilik kenderaan turut diambil tindakan tegas kerana membenarkan individu yang tidak mempunyai lesen sah memandu kenderaan miliknya,”jelas kenyataan itu.

Kedua-dua mereka akan dihadapkan ke mahkamah untuk tindakan lanjut, manakala kenderaan Toyota Innova terbabit telah disita oleh pihak JPJ bagi tujuan siasatan.

Pihak JPJ menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan seumpama ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap pemandu dan pemilik kenderaan sentiasa mematuhi undang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here