MANCHESTER: Erik ten Hag mempertahankan Andre Onana dengan mengatakan penjaga gol itu adalah yang kedua terbaik di Liga Perdana Inggeris.
Pengendali Manchester United itu membuktikan dakwaannya dengan menunjukkan statistik gol yang berjaya dihalangnya musim ini.
Memetik laporan menerusi AGENSI berita harian,Statistik Opta menunjukkan Onana menghalang 3.6 gol musim ini – yang kedua terbaik di Liga Perdana Inggeris selepas penjaga gol Luton, Thomas Kaminski yang menghalang 6.3 gol.
“Jika anda melihatnya dengan teliti, anda akan menyaksikannya sebagai penjaga gol kedua terbaik di Liga Perdana Inggeris berdasarkan statistik,” kata Ten Hag.
Onana, 27, turut berada di ranking kedua Liga Perdana Inggeris untuk peratus menyelamatkan percubaan, 76.1 peratus daripada percubaan ke atasnya berjaya diselamatkan.
Hanya bintang Liverpool, Alisson mempunyai peratusan lebih baik.
Onana bagaimanapun mendahului dengan mengumpul lima perlawanan tanpa bolos dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini.
Onana juga menyelamatkan percubaan sebanyak 51 kali dan secara purata setiap 22.9 minit – hanya Wes Foderingham dan Neto mempunyai purata lebih baik.
Ketika statistik menggambarkannya sebagai penjaga gol hebat, Onana turut melakukan beberapa kesilapan yang membawa padah kepada United.
Yang terbaru ialah ketika aksi menentang Galatasaray apabila dia tertampan bola sepakan percuma Hakim Ziyech ke gawang sendiri.
Onana turut melakukan kesilapan ketika menentang Bayern Munich dan Brentford, serta hampir menyebabkan Wolves mendapat penalti pada penampilan sulungnya untuk Red Devils.
Ketika statistiknya di Liga Perdana Inggeris cukup memberangsangkan, Onana menjadi penjaga gol yang paling kerap dibolosi dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah musim ini.
Dia turut melakukan kesilapan paling banyak yang menjurus kepada gol lawan dalam Liga Juara-Juara sejak musim 2018-19 dengan tujuh kesilapan. – AGENSI-BH ONLINE-
Imedikel TV






