Home Sukan NEYMAR LEDAK GOL SULUNG UNTUK AL-HILAL

NEYMAR LEDAK GOL SULUNG UNTUK AL-HILAL

TEHRAN, Iran: Bintang Brazil, Neymar membuka akaun jaringannya untuk Al-Hilal ketika kemenangan 3-0 ke atas Nassaji Mazandaran dalam saingan Liga Juara-Juara Asia di Tehran.

Bekas penyerang Paris Saint-Germain itu, yang menyertai Al-Hilal pada Ogos, meledak gol kedua pasukannya di Stadium Azadi.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian, Jaringan minit ke-58 berkenaan adalah gol sulung Neymar selepas lima perlawanan untuk kelab Arab Saudi itu.

Bekas penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic membuka jaringan pada minit ke-18 dengan pemain gantian, Saleh Al Shehri melengkapkan kemenangan dalam masa kecederaan.

Al-Hilal, juara empat kali dan naib juara tahun lalu, kini mendahului Kumpulan D hasil kemenangan berkenaan.

Al-Hilal dan Nassaji Mazandaran terpaksa bermain dengan 10 orang selepas kapten kelab Arab Saudi, Salman Al Faraj dan pemain tuan rumah, Amir Houshmand dibuang padang tujuh minit sebelum rehat. – AFP-AGENSI-Berita harian online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here