Home Luar Negara NEW ZEALAND KEKANG VAPE PAKAI BUANG UNTUK ORANG MUDA

NEW ZEALAND KEKANG VAPE PAKAI BUANG UNTUK ORANG MUDA

181
0

Sydney, AUSTRALIA: New Zealand memulakan langkah mengekang vape atau rokok elektronik dalam kalangan golongan muda dengan menetapkan had jualan peranti itu di premis berhampiran sekolah.

Selain itu, kerajaan juga menetapkan pengharaman bagi sesetengah peranti elektronik pakai buang, sebagai lanjutan kepada usaha melaksanakan kempen antirokok yang agresif.

Walaupun negara Pasifik itu antara 38 negara dalam Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan mempunyai kadar merokok dewasa yang paling rendah, New Zealand melarang generasi akan datang daripada merokok dalam usahanya menjadi negara ‘bebas asap rokok’ menjelang 2025.

Menteri Kesihatan, Dr Ayesha Verrall, berkata perubahan itu akan dilaksanakan berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan mulai Ogos, disebabkan terlalu ramai golongan muda menggunakan vape, walaupun kerajaan mahu peranti itu menjadi alternatif kepada merokok.

“Kita sedang mencipta masa depan dengan produk tembakau tidak lagi menjadi punca ketagihan, menarik atau sedia ada, iaitu perkara sama perlu digunakan untuk vape,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mulai Ogos semua vape yang dijual di New Zealand perlu mempunyai bateri boleh tanggal atau boleh diganti, mengekang bekalan jenis pakai buang padat yang digemari oleh golongan muda.

Sumber BH Online & REUTERS

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here