Home Luar Negara NETANYAHU TUDUH HIZBULLAH CUBA BUNUHNYA

NETANYAHU TUDUH HIZBULLAH CUBA BUNUHNYA

151
0

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menuduh kumpulan Hizbullah yang disokong Iran cuba membunuhnya pada Sabtu, selepas pejabatnya berkata, dron dari Lubnan mengenai rumah keluarga perdana menteri.

Serangan dron itu – yang tidak diakui Hizbullah – berlaku ketika tentera Israel memerangi Hizbullah di selatan Lubnan.

Ia menyusuli beberapa siri pembunuhan pemimpin kumpulan pejuang yang disokong Iran oleh Israel, termasuk ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah dan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar.

“Percubaan proksi Iran, Hizbullah untuk membunuh saya dan isteri saya hari ini adalah satu kesilapan besar,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan, semalam.

Menghadapi “Iran dan proksinya”, Netanyahu berikrar bahawa “sesiapa yang cuba mencederakan rakyat Israel akan membayar harga yang mahal”.

Dia sekali lagi berkeras untuk mencapai “semua matlamat perang kita” tetapi menambah bahawa Israel akan “mengubah realiti keselamatan di rantau kita untuk generasi akan datang.”

Pejabatnya sebelum ini berkata, Netanyahu tiada di rumah berkenaan dan melaporkan tiada kecederaan daripada serangan dron di Caesarea itu, kira-kira 20 kilometer di selatan Haifa.

Tentera kemudian berkata, dua daripada tiga dron yang dilancarkan dari Lubnan, dipintas.

“(Dron) ketiga melanggar sebuah bangunan di Caesarea,” kata jurucakap tentera Laksamana Muda Daniel Hagari semasa taklimat petang.

Kumpulan bersenjata yang bersekutu dengan Iran di Timur Tengah, termasuk Hizbullah, ditarik ke dalam perang Israel-Hamas di Gaza.

Tehran melancarkan dua serangan langsung ke atas musuh ketat Israel semasa perang, yang terbaru adalah serangan 200 peluru berpandu, yang majoritinya dipintas, pada 1 Oktober lalu. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here