MANCHESTER: Kelab Serie A, Napoli berminat menandatangani seorang lagi pemain Liga Perdana Inggeris selepas mendapatkan khidmat Kevin de Bruyne dari Manchester City.
Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, Kelab Itali itu kini mahu menandatangani Jadon Sancho, pemain Manchester United yang dipinjam ke Chelsea tahun lalu.
Sancho yang dipinggirkan United boleh kekal di Stamford Bridge pada harga 25 juta pound (RM143.96 juta), tetapi kelab London itu memilih untuk membayar penalti 5 juta pound (RM28.79 juta) semata-mata mahu menghantarnya kembali ke Old Trafford.
Chelsea enggan memenuhi syarat-syarat ditetapkan Sancho dan membuat keputusan untuk menghantar kembali pemain itu kelab asalnya.
Ketika di Chelsea, Sancho meledak lima 10 dan membantu 10 lagi dengan kelab menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga keempat serta memenangi Liga Konferens Eropah.
Sancho yang meninggalkan Old Trafford ketika skuad di bawah bimbingan Erik ten Hag, dijangka kekal tidak menjadi pilihan utama di bawah pengendali baharu, Ruben Amorim.
Napoli dilihat sebagai destinasi terbaik buat Sancho yang pernah bersama kelab Bundesliga, Borussia Dortmund.
Dia tiba di Manchester dari Dortmund pada tahun 2021 dengan harga 72.9 juta pound (RM419.63 juta). – AGENSI, BH Online –
IMedikel TV






