Home Buletin Semasa “NAK MASUK MRSM, NAK UBAH NASIB KELUARGA” – NASUHA

“NAK MASUK MRSM, NAK UBAH NASIB KELUARGA” – NASUHA

329
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Seorang murid terkilan kerana tidak dapat menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) baru-baru ini disebabkan kekangan kewangan yang dihadapi oleh keluarganya.

Murid tersebut, Nur Nasuha Nusi, 12, berkata dia layak untuk menduduki ujian itu dan berharap agar diberi peluang sekali lagi untuk menduduki ujian berkenaan.

“Saya sudah terlepas ujian pada tarikh sebelum ini kerana tiada pengangkutan untuk pergi ke sana memandangkan lokasi ujian di MRSM Kuala Krai itu agak jauh dan ibu bapa saya tidak mampu untuk membawa saya ke sana.

“Hanya melalui pendidikan sahaja yang boleh saya bantu untuk mengubah nasib keluarga serta mendapatkan rawatan yang sepatutnya untuk ayah saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pak Badol, di sini, pada Isnin.

Nur Nasuha juga anak kedua daripada empat beradik, dengan riak wajah sedih berhasrat agar dapat melanjutkan pelajaran di MRSM dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah.

Difahamkan Nur Nasuha adalah seorang murid yang cemerlang di sekolahnya dan dia sangat berharap mendapat peluang untuk ke sekolah tersebut untuk mengubah nasib keluarga.

Sementara itu, menurut bapanya Mohd Nusi Mamat, 38, dia kini menghidap penyakit Gerd sejak dua tahun lepas dan tidak mampu untuk bekerja dan berdiri dalam jangka masa lama.

“Anak saya seorang murid yang rajin namun dia juga merupakan seorang pendiam di sekolah tapi saya tahu dia mempunyai harapan yang tinggi untuk keluarga kami.

“Saya berharap selepas ini ada sinar baru buat dirinya yang berhasrat untuk bersekolah di MRSM Pasir Tumboh,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here