Home Segmen Kesihatan NAIK TURUN TANGGA DAPAT BAKAR KALORI

NAIK TURUN TANGGA DAPAT BAKAR KALORI

132
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Dalam usaha ingin membakar kalori badan, ramai individu mengambil langkah untuk berjoging.

Namun, tanpa disedari langkah itu boleh menyebabkan individu itu berasa cepat mengah dan letih.

Tahukah anda, dengan cara naik turun tangga juga dapat membakar kalori?

Malah ia juga boleh memberi banyak manfaat kepada kesihatan tubuh badan.

Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga dapat menggantikan waktu untuk keluar berjoging di luar kawasan rumah kerana ada segelintir individu yang kesuntukan masa.

Aktiviti naik turun tangga boleh dijadikan aktiviti fizikal berat dan dikaitkan dengan lipoprotein yang lebih sihat serta berat badan dan tekanan darah yang lebih rendah.

Ia juga mampu melindungi individu dari sindrom metabolik kerana kaedah itu boleh dilakukan di mana sahaja dan boleh dipertimbangkan untuk dijadikan aktiviti rutin.

Berikut adalah kebaikan apabila melakukan aktiviti naik turun tangga.  

  1. Meningkatkan kekuatan otot: aktiviti ini melibatkan otot-otot di kaki dan paha yang membantu menguatkan otot-otot tersebut.
  2. Meningkatkan kesihatan jantung: naik turun tangga merupakan latihan yang dapat meningkatkan detakan jantung dan melatih daya tahan jantung serta paru-paru.
  3. Meningkatkan keseimbangan dan koordinasi: Dapat menjadikan keseimbangan tubuh yang baik, terutama ketika turun tangga, sehingga membantu meningkatkan koordinasi.
  4. Meningkatkan metabolisme: Latihan fizikal seperti naik turun tangga dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh yang bersambung dalam pembakaran kalori sepanjang hari.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here