Home Buletin Semasa MURID TIDAK WAJIB PAKAI TALI LEHER BERMULA TAHUN DEPAN – KPM

MURID TIDAK WAJIB PAKAI TALI LEHER BERMULA TAHUN DEPAN – KPM

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@Imedikel TV

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan bahawa murid tidak diwajibkan memakai tali leher ke sekolah mulai tahun hadapan.

Menerusi satu kenyataan, keputusan itu  dicapai hasil Mesyuarat Profesional KPM Khas 2025 yang berlangsung pada 8 Disember, dan surat ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad.

Pemakluman itu terkandung dalam surat siaran bertarikh 17 Disember lalu.

Bagaimanapun KPM menjelaskan pemakaian tali leher masih dibenarkan berdasarkan keputusan permuafakatan pihak sekolah dengan ibu bapa.

“KPM menegaskan bahawa tiada pihak dibenarkan membuat sebarang paksaan atau tekanan terhadap murid berkaitan pemakaian tali leher.

“KPM sentiasa prihatin akan keperluan bagi ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing sebelum bermula sesi persekolahan baharu,”menurut surat yang dimuat naik di laman web KPM.

Jelasnya bagi memudahkan ibu bapa dalam memenuhi keperluan tersebut, dasar tersebut diputuskan hasil penelitian terhadap keperluan semasa murid berdasarkan faktor seperti yang berikut.

“Realiti iklim tempatan yang panas dan lembap menyebabkan pemakaian tali leher setiap hari kurang sesuai dan menjejaskan keselesaan murid dan keprihatinan KPM dalam usaha menangani beban kewangan isi rumah,” menurut surat yang dimuat naik di laman web KPM.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here