Home Buletin Semasa MURID DARJAH ENAM ANTARA DISAMAN

MURID DARJAH ENAM ANTARA DISAMAN

153
0

Kuala Berang, TERENGGANU: Murid darjah enam antara 116 yang disaman atas kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar dalam operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmerra Hassan, berkata operasi diketuai Ketua BSPT IPD Hulu Terengganu, Inspektor Zainon Abidin Ismail itu menyasarkan keselamatan penunggang motosikal.

Beliau berkata, Daripada 116 saman yang dikeluarkan, sebanyak 40 saman membabitkan kesalahan tidak memakai topi keledar.

“Enam penunggang motosikal di bawah umur 16 tahun turut disaman dengan yang paling muda berusia 12 tahun.

“Antara kesalahan lain yang dilakukan penunggang ialah tiada cermin sisi, tiada nombor pendaftaran, ubah suai ekzos, lesen tamat tempoh, motosikal tiada insurans, nombor pendaftaran tidak menepati syarat dan gagal mempamerkan lesen P atau L,” katanya.

Hasmerra berkata, bagi kes penunggang motosikal di bawah umur yang terbabit kesalahan, pihaknya akan memaklumkan kepada penjaga sebagai tindakan susulan.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here