Home Buletin Semasa MOF NAFI BANTUAN RAMADAN, TUNTUTAN E-TUNAI 

MOF NAFI BANTUAN RAMADAN, TUNTUTAN E-TUNAI 

134
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menafikan sebarang permohonan berkaitan Bantuan Ramadan dan Tuntutan Kredit E-Tunai seperti yang tular di media sosial.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi kementerian itu, MOF menegaskan bahawa mesej berkenaan adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh pihaknya.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan mesej tersebut.

“MOF mengingatkan orang ramai agar tidak menekan sebarang pautan meragukan, tidak berkongsi maklumat peribadi kepada sumber tidak sah serta sentiasa menyemak kesahihan maklumat melalui saluran rasmi kementerian,”menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, maklumat sahih hanya boleh diperoleh menerusi laman sesawang rasmi di www.mof.gov.my serta platform media sosial rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Kementerian turut menggesa masyarakat agar menghentikan penyebaran mesej palsu dan sentiasa menyemak sesuatu maklumat sebelum berkongsi.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here