Home Buletin Semasa AKSB SIAP SIAGA HADAPI MUSIM KEMARAU 

AKSB SIAP SIAGA HADAPI MUSIM KEMARAU 

164
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bersiap siaga bagi menghadapi musim kemarau yang dijangka berlaku antara Februari hingga Julai ini menerusi operasi loji rawatan air (LRA), penambahan sumber serta penghantaran bekalan ke kawasan terjejas.

Menerusi hantaran di media sosial semalam, AKSB memaklumkan pemantauan rapi dilaksanakan terhadap 10 daripada 43 LRA yang dikenal pasti berisiko terkesan akibat penyusutan paras air mentah.

“Antara LRA terlibat ialah LRA Pahi (Kuala Krai), LRA Jeli (Jeli), LRA Pintu Geng (Kota Bharu), LRA Wakaf Bharu (Tumpat), LRA Wakaf Bunut (Pasir Puteh), LRA Bukit Remah (Tanah Merah), LRA Kelar (Pasir Mas), LRA Chicha (Kota Bharu), LRA Kampung Putih (Kota Bharu) dan LRA Machang, melibatkan kira-kira 22,735 akaun pengguna.

“Bagi memastikan operasi berterusan, kerja penyelenggaraan telaga dan muka sauk dilaksanakan lebih awal sebelum April, selain meningkatkan kapasiti pam telaga sokongan di loji berkaitan,”menurut hantaran itu.

AKSB turut memaklumkan penyiapan empat telaga baharu di LRA Chicha dijadualkan pada Mac ini sebagai langkah menambah sumber air mentah dan menstabilkan pengeluaran bekalan.

Dalam masa sama, penghantaran bekalan air melalui 11 Lori Air Kontrak (LAK) akan digerakkan ke jajahan terlibat termasuk Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Pasir Mas dan Tanah Merah, selain penyediaan tangki statik.

AKSB turut menyiapkan benteng bagi meningkatkan paras air sungai di beberapa LRA terpilih iaitu LRA Bukit Remah, LRA Jeli, LRA Peralla, LRA Panggong Lalai, LRA Bertam, LRA Limau Kasturi, LRA Sungai Ketil dan LRA Paloh.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here