PARIS: Lionel Messi dan keluarganya sukar menyesuaikan diri selepas berpindah ke paris Saint-Germain pada tahun 2021.
Pemain Argentina itu juga mendakwa, cemuhan dan ejekan ke atasnya ketika aksi-aksi terakhirnya bersama psg, adalah sesuatu yang turut dialami rakan sepasukan, kylian mbappe dan neymar.
Messi tidak memperbaharui kontraknya bulan ini selepas dua tahun, dan pada 7 jun lalu mengumumkan dia akan menyertai kelab major league soccer (mls), inter miami.
Walaupun meledak 32 gol dan melakukan 35 umpanan gol sepanjang dua musimnya bersama juara perancis itu, dia tetap menjadi sasaran kritikan penyokong kerana gagal membantu pasukan melepasi peringkat 16 terakhir liga juara-juara eropah.
“Hidup saya di paris bermula dengan proses menyesuaikan diri yang amat sukar, lebih daripada jangkaan saya, walaupun saya kenal beberapa orang di dalam bilik persalinan.
“Sukar untuk sesuaikan diri dengan perubahan itu, lewat tiba, tidak ada pra-musim, menyesuaikan diri dengan kelab baharu, corak permainan baharu, rakan sepasukan baharu, kota itu… ia tidak mudah bagi saya dan keluarga.
“Namun sambutan ketibaan saya sangat bagus. kemudian mereka mula melayan saya dengan cara berbeza, sebahagian penyokong paris mula melayan saya dengan cara berbeza.
“Hubungan tegang dengan sebahagian besar peminat paris, saya tidak berniat begitu, jauh sekali, tetapi ia tetap berlaku. ia pernah berlaku sebelum ini kepada mbappe dan neymar. mungkin itu cara mereka.
“Saya akan kenang semua yang menghormati saya, saya hormati semua sejak saya tiba,” kata Messi.
Messi, yang memenangi dua gelaran liga dan piala super perancis bersama psg, turut dikritik selepas digantung oleh kelab kerana bercuti ke arab saudi tanpa kebenaran.
Pemenang piala dunia ittu akan memulakan kempen bersama Miami pada 21 julai menentang Kelab Mexico, Cruz Azul dalam saingan piala liga.
Sumber: HMetro Online & AGENSI
Imedikel TV






