Home Luar Negara GREECE DIKRITIK LAGI SUSULAN KAPAL PENDATANG KARAM

GREECE DIKRITIK LAGI SUSULAN KAPAL PENDATANG KARAM

160
0
This image released by The Hellenic Coastguard on June 14, 2023, shows an aerial view taken from a rescue helicopter, of migrants onboard a fishing vessel in the waters off the Peloponnese coast of Greece on June 13, 2023. At least 79 migrants died after their fishing boat sank off the Peloponnese, Greece's coastguard said, as fears mounted that the death toll could rise much higher. (Photo by HELLENIC COASTGUARD / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE - MANDATORY CREDIT "AFP PHOTO/HELLENIC COASTGUARD " - NO MARKETING - NO ADVERTISING CAMPAIGNS - DISTRIBUTED AS A SERVICE TO CLIENTS

ATHENS: Pada sabtu, BBC memetik agensi sempadan EU, Frontex sebagai berkata, bot pendatang itu telah dikesan satu daripada pesawatnya sebagai “hampir tidak bergerak dalam beberapa jam sebelum ia terbalik” yang bercanggah dengan dakwaan greece bahawa kapal itu berada dalam “laluan yang selamat dan stabil.”

Menurut laporan itu, frontex menawarkan untuk menghantar pesawat bagi memantau kapal berkenaan tetapi tidak menerima jawapan daripada pihak berkuasa greece.

Bot yang sesak itu dipercayai berlayar dari libya dan dikesan buat kali pertama pada awal pagi, 13 jun menuju ke greece.

Pihak berkuasa greece pula berkata, kru bot itu memberitahu pengawal pantai bahawa mereka menuju ke itali, selain meminta ditinggalkan sendirian.

Pihak berkuasa itu juga menafikan tidak bertindak pantas untuk mengelak tragedi berkenaan, namun enggan mengulas dakwaan frontex mengenai tawaran bantuan udaranya.

Berdasarkan analisis laluan kapal lain pada hari itu, bbc melaporkan bot pendatang itu hampir tidak bergerak selama hampir tujuh jam sebelum terbalik kira-kira 80 kilometer dari pylos, sebuah bandar pantai di greece.

Lebih 100 orang dikatakan sempat diselamatkan, sementara mereka yang terselamat memberitahu terdapat lebih 700 orang di atas kapal, termasuk 100 kanak-kanak.

Menteri dalam negeri pakistan memberitahu ada lebih 350 warga negaranya di atas kapal, manakala laporan media mendakwa terdapat juga penumpang mesir dan syria.

Sumber: HMetro Online & AGENSI


Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here