Home Sukan MESSI SELAR POLIS BRAZIL

MESSI SELAR POLIS BRAZIL

LONDON: Lionel Messi menyelar polis Brazil selepas kemenangan Argentina ke atas seteru tradisinya itu dicemari dengan insiden keganasan sebelum sepak mula.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Sebelum kemenangan 1-0 Argentina di stadium ikonik Maracana itu, pergaduhan besar-besaran tercetus di tempat duduk penyokong apabila peminat dan polis saling bertempur antara satu sama lain.

Selepas penyokong Argentina dan Brazil mula bergaduh, polis menggunakan baton untuk mengawal keadaan sekali gus menyebabkan ada penyokong yang mengalami kecederaan dan berdarah.

Polis mematahkan pergaduhan antara penyokong Brazil dan Argentina yang tercetus sebelum perlawanan bola sepak kelayakan untuk Piala Dunia FIFA 2026 antara Brazil dan Argentina di stadium Maracana di Rio de Janeiro, Brazil, Selasa, 21 November 2023.(AP Photo /Silvia Izquierdo)-

Messi menambah ‘kami ada keluarga dan kami memutuskan untuk terus bermain bagi memastikan keadaan menjadi lebih tenang.

Messi turut membuat satu hantaran di Instagram selepas perlawanan itu dengan menulis ‘pasukan ini terus mencipta sejarah.”

Polis menggunakan baton untuk mengawal keadaan. – Foto AFP

“Kemenangan yang hebat di Maracana walaupun ia akan diingati sebagai penindasan rakyat Argentina di Brazil sekali lagi.

“Kita tidak boleh membiarkan lagi perkara ini dan ia sepatutnya berakhir sekarang!” – AGENSI-BH ONLINE-

Imedikel Tv

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here