Home Luar Negara MEREKA KEMBAR, TETAPI DILAHIRKAN PADA TARIKH, TAHUN BERBEZA

MEREKA KEMBAR, TETAPI DILAHIRKAN PADA TARIKH, TAHUN BERBEZA

NEW JERSEY: Sepasang suami isteri dari New Jersey meraikan sambutan Tahun Baharu kali ini dalam suasana cukup istimewa dengan kelahiran bayi kembar.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, namun, bayi lelaki berkenaan tidak berkongsi tarikh atau tahun lahir yang sama.

Skynews melaporkan, Ezra dilahirkan pada jam 11.48 malam di ambang Tahun Baharu, manakala adiknya Ezekial dilahirkan 40 minit kemudian pada 12.28 pagi pada hari Tahun Baharu.

Dua beradik itu dilahirkan di Hospital Virtua Voorhees di South Jersey yang menyatakan ibu bapa mereka sangat ‘teruja’ dengan peristiwa penting itu.

“Ibu bapa Eve dan Billy teruja kerana anak lelaki mereka sihat dan akan mempunyai kisah hari jadi yang hebat untuk diceritakan,” kata Virtua Health.

Secara kebetulan, Ezra berkongsi hari lahir sama dengan bapanya, yang juga dilahirkan pada malam Tahun Baru.

Sementara itu, dua hospital di Boston mengalu-alukan tiga bayi perempuan tepat pada tengah malam, lapor NBC Boston. – AGENSI, HMetro Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here