Home Luar Negara MENYESAL TOLAK TAWARAN, KINI TERPAKSA TINGGAL DI LEBUH RAYA

MENYESAL TOLAK TAWARAN, KINI TERPAKSA TINGGAL DI LEBUH RAYA

BEIJING: Seorang lelaki di China terpaksa tinggal di tengah lebuh raya tanpa jiran di sekelilingnya selepas menolak tawaran kerajaan untuk membeli tanah yang menempatkan rumahnya bagi menjalankan projek pembinaan lebuh raya.

Oddity Central melaporkan, pihak berkuasa China pernah menawarkan untuk membeli rumah dua tingkat milik Huang Ping di Jinxi iaitu sebuah bandar dekat barat daya Shanghai dan tiga hartanah lain dengan tawaran 1.6 juta yuan (kira-kira RM968,789).

Bagaimanapun, Huang yang tinggal bersama cucu berumur 11 tahun mengharap tawaran lebih baik.

Malangnya, percaturannya tidak menjadi kerana kerajaan memutuskan untuk membangunkan projek lebuh raya di sekitar kediamannya dan tidak menerima tuntutan tidak masuk akal lelaki itu.

Akhirnya, semua pemilik kediaman lain di kawasan itu menjual tanah mereka kepada kerajaan hingga Huang saja tinggal di tengah lebuh raya yang akan dirasmikan tidak lama lagi.

“Jika saya boleh mengundurkan masa, saya akan bersetuju dengan syarat yang mereka tawarkan.

“Kini saya kalah dalam pertaruhan besar, saya sedikit menyesal,” kata Huang kepada wartawan China.

Huang, yang terpaksa melalui paip konkrit untuk keluar dari rumah menghabiskan sebahagian besar masanya di tengah Jinxi, jauh dari bunyi bising tapak pembinaan di sekitar rumahnya dan hanya pulang pada waktu petang.

Dia bimbang keadaan akan menjadi lebih teruk apabila lebuh raya itu dirasmikan pada musim bunga.

Bumbung rumahnya kini separas dengan lebuh raya, dan kebisingan lalu lintas pasti tidak dapat ditanggung.

Buat masa ini, rumah Huang menjadi tarikan pelancong kerana keunikannya dan lokasinya di tengah lebuh raya, tetapi semua itu hanya mengingatkan lelaki berkenaan terhadap kesilapannya membuat keputusan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here