Home Luar Negara MENANTU NASRALLAH TERBUNUH DALAM SERANGAN ISRAEL DI IBU NEGARA SYRIA

MENANTU NASRALLAH TERBUNUH DALAM SERANGAN ISRAEL DI IBU NEGARA SYRIA

125
0

DAMSYIK: Dua warga Lubnan maut, termasuk Hassan Jafar Qasir yang juga menantu kepada pemimpin Hizbullah yang syahid pada akhir bulan lalu, Sayyed Hassan Nasrallah, dalam serangan udara Israel ke atas sebuah kediaman di kawasan kejiranan Mazzeh Western Villas, Damsyik, semalam.

Berdasarkan laporan Xinhua, mereka ialah antara tiga mangsa terkorban dalam serangan itu yang mengenai aras satu bangunan tiga tingkat yang sering dikunjungi pemimpin Hizbullah dan Kor Pengawal Revolusi Iran.

Menurut Observatori Hak Asasi Manusia Syria, serangan itu turut menyebabkan sekurang-kurang empat lagi cedera, namun identiti mereka masih belum diketahui.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Syria pula memaklumkan bahawa tiga orang awam terbunuh dan hanya tiga cedera dalam serangan terbabit.

Katanya, serangan berkenaan dilancarkan dari Dataran Tinggi Golan yang diduduki Israel.

Nasrallah syahid dalam serangan udara yang dahsyat di ibu negara Lubnan, Beirut, pada 27 September lalu.

Serangan udara semalam adalah yang kedua dilancarkan Israel ke atas kawasan sama, minggu ini.

Pagi kelmarin, tiga maut termasuk seorang wartawan, manakala sembilan mangsa cedera dalam serangan Israel yang menyasarkan sebuah kawasan terletak kira-kira 500 meter (m) dari lokasi, semalam. – BERNAMA-XINHUA, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here