Home Buletin Semasa MDD KESAL ADA PIHAK ROSAKKAN KEMUDAHAN AWAM

MDD KESAL ADA PIHAK ROSAKKAN KEMUDAHAN AWAM

191
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

DABONG: Insiden kerosakan bangku tempat duduk di sebuah taman di sini yang disediakan Majlis Daerah Dabong (MDD) rosak teruk.

MDD dalam satu hantaran di media sosial Facebook menyatakan perasaaan kesal pihaknya akan hal tersebut memandangkan kemudahan itu adalah untuk keselesaan penduduk di Padang Dabong.

Kemudahan ini dibina menggunakan peruntukan awam untuk manfaat semua, namun kini rosak teruk dan tidak dapat digunakan.

Kami menyeru kepada individu yang bertanggungjawab agar tampil dan memberikan penjelasan sebelum tindakan selanjutnya diambil. Kemusnahan seperti ini bukan sahaja merugikan pihak berkuasa tempatan, tetapi juga seluruh komuniti yang sepatutnya menikmati kemudahan ini,”menurut kenyataan itu semalam.

MDD menegaskan sekiranya terdapat maklumat mengenai kejadian itu, boleh hubungi pihak MDD atau tinggalkan mesej secara peribadi kepada mereka.

“Kerjasama dan rasa tanggungjawab daripada semua amat dihargai demi memastikan kebersihan dan kelestarian kemudahan awam di Dabong terpelihara,”menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, netizen turut menyatakan kekecewaan di atas perbuatan kurang bermoral itu.

Zalina Ghazali meluahkan rasa sedih atas tindakan segelintir masyarakat yang tidak tahu menghargai kemudahan awam.

Manakala pemilik akaun Ahmad Nur Syahrudin berkata bukan sahaja tindakan merosakkan harta benda awam malah longgokan sampah juga menyakitkan mata.

Muhammad Khairuzzaman pula mencadangkan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengatasi masalah tersebut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here