Home Sukan MCKENZIE DESAK FURY BERSARA

MCKENZIE DESAK FURY BERSARA

NEW YORK: Tyson Fury digesa untuk bersara berikutan kekalahannya kepada Oleksandr Usyk.

Petinju dari Wythenshawe itu berdepan kekalahan kedua berturut-turut kepada petinju kidal berkelas dunia dalam perlawanan ulangan mereka di Riyadh awal bulan ini.

Fury, 36, kini berada di persimpangan kariernya selepas kegagalannya merampas semula gelaran heavyweight.

Satu pertarungan domestik yang sangat dinanti-nantikan mementang Anthony Joshua mungkin akan tercapai tidak lama lagi, tetapi bekas juara dunia, Duke McKenzie, menasihatkan Fury untuk mengelak pertarungan itu dan memilih untuk bersara.

Bekas juara tiga kategori itu memberitahu SecondsOut: “Tidak perlu ada perlawanan ulangan.

“Tyson Fury seharusnya bersara sahaja.

“Tiada apa lagi yang perlu dia dibuktikan, dia sudapun pernah menjadi juara heavyweight dunia.

“(Anda) tidak boleh meminta lebih daripada itu dan dia juga mempunyai lebih banyak wang daripada yang dia boleh belanjakan,” katanya.

McKenzie berpendapat, jika Fury terus berjuang untuk meraih bayaran lumayan menentang AJ atau sesiapa sahaja, ia mungkin memberi kesan buruk kepada kesihatan jangka panjangnya. – AGENSI. HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here