Home Sukan MBAPPE TINGGALKAN KEM PERANCIS AKIBAT KECEDERAAN BUKU LALI

MBAPPE TINGGALKAN KEM PERANCIS AKIBAT KECEDERAAN BUKU LALI

PARIS: Bintang Perancis, Kylian Mbappe terpaksa meninggalkan kem skuad Les Bleus dan kembali ke Madrid susulan kecederaan buku lali yang masih berlarutan.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, penyerang berusia 26 tahun itu sebelum ini meledak dua gol ketika membantu Perancis membelasah Ukraine 4-0 di Paris, sekali gus mengesahkan slot ke Piala Dunia tahun depan.

Namun, masalah radang pada buku lalinya memaksa pengurus Didier Deschamps bersama staf perubatan Real Madrid membuat keputusan memanggilnya pulang untuk rawatan lanjut.

Mbappe kini mengumpul 400 gol dalam karier, termasuk 55 jaringan bersama Perancis, hanya ketinggalan dua gol di belakang rekod sepanjang zaman Olivier Giroud. Menurut laporan ESPN, pemain itu dijadualkan menjalani imbasan semalam dan disahkan akan terlepas aksi menentang Azerbaijan.

Real Madrid pula bakal berdepan Elche pada 23 November sebelum bertandang ke Athens bertemu Olympiacos dalam aksi Liga Juara-Juara pada 26 November.

Selain Mbappe, skuad Perancis turut melepaskan Eduardo Camavinga (hamstring) dan Manu Kone (penggantungan) menjelang aksi terakhir kelayakan Piala Dunia. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here