Home Buletin Semasa MARITIM RAMPAS 600 KG HASIL LAUT, EMPAT KRU MYANMAR DITAHAN

MARITIM RAMPAS 600 KG HASIL LAUT, EMPAT KRU MYANMAR DITAHAN

341
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan merampas sebanyak 600kilogram (kg) hasil laut bernilai RM800,000 selepas menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C kira-kira 37 batu nautika dari muara Tok Bali, Sabtu lalu.

Pengarahnya, Kapten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, pemeriksaan ke atas vesel berkenaan menemukan empat kru termasuk tekong, dipercayai warga Myanmar berusia 19 hingga 52 tahun, yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sah.

“Kesemua kru tidak memiliki pasport serta permit kerja yang diiktiraf kerajaan Malaysia, selain dokumen yang dikemukakan diragui kesahihannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tangkapan dilakukan sekitar jam 2 petang oleh aset Maritim Malaysia yang melaksanakan rondaan Op Naga Barat, Op Damai dan Op Tiris.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63, manakala vesel, kru dan hasil tangkapan dibawa ke Jeti Maritim Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berhubung sebarang kegiatan mencurigakan di laut melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di 09-7780070.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here